Maulidurrasul di Yayasan Al Jenderami

Assalamualaikum warrah matullahi wa barakatuh,
InsyaALLAH, pihak Yayasan Al-Jenderami berserta kerjasama Madrasah Islamiah Al-Jenderami berhasrat menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad SAW ke -8 dan butir butir nye adalah seperti berikut:













Tema
"Tradisi Salafussoleh Benteng
Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Tarikh
18hb - 20hb Rabi'ul Awal 1431
Khamis, Jumaat dan Sabtu

bersamaan
4hb - 6hb Mac 2010


Tempat
Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE
Segala senarai program dan para tetamu jemputan ada tertera di laman ini. Oleh itu pihak kami selaku urusetia majlis amat mengalu-alukan kehadiran Tuan/ Puan untuk menambahkan lagi keberkatan majlis ini.

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi saudara Faiz - 0123625192.Semoga majlis ini di berkati ALLAH dan kita semua mendapat syufa'at
kekasihNya, Rasulullah s.a.w...Ameen Ya Rabb al 'alameen



Eid Mubarak



Sekapur Sirih (Syawal 1430)

Alhamdulillah, segala puji tertentu pada Allah Subhanahu Wa Taala. Selawat dan Salam khusus bagi junjungan kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Salam.

Dalam menjalani kehidupan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, tanpa disedari kita sudah sampai ke penghujung bulan. Begitu cepat waktu berlalu, inilah salah satu tanda akhir zaman. Apa yang penting bagi kita ialah bertanya pada diri masing-masing adakah sudah kita penuhkan Ramadhan kita dengan amal-amal kebajikan dan berpuas hati dengannya.

Adakah Ramadhan akan pergi begitu sahaja tanpa ada meninggalkan kesan kepada diri kita? Adakah kita akan kembali semula seperti kehidupan sebelum Ramadhan atau adakah Ramadhan mengajar kita untuk meneruskan amal-amal kebajikan yang kita buat dalam bulan Ramadhan ke bulan-bulan seterusnya?

Sekiranya jawapan kita ialah yang pertama, maka sebenarnya kita telah tertipu dek diri kita sendiri. Kemungkinan juga amalan-amalan yang kita kita buat sepanjang Ramadhan tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Salah satu amalan yang tidak dapat kita teruskan ialah pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib untuk makan bersama keluarga dan dapat solat Maghrib berjemaah samada di rumah bersama keluarga atau di masjid / surau. Kita boleh rasakan di bulan Ramadhan waktu hampir Maghrib jalan-jalan menjadi lenggang, kompleks membeli-belah sunyi, pasar malam (bazaar Ramadhan) kurang orang, sebaliknya rumah-rumah sudah kedengaran gelak ketawa anak-anak menunggu waktu berbuka, masjid-masjid dan surau-surau berlumba-lumba memasang lampu kelip-kelip.

Ini semuanya hilang dengan perginya Ramadhan, mengapa? Adakah tidak ini amalan yang baik? Makan bersama keluarga, solat berjemaah, memenuhkan masjid/surau?

Mengapa pada bulan2 seterusnya kita tidak memberatkan untuk pulang ke rumah sebelum maghrib dan solat berjemaah bersama keluarga di rumah atau di masjid. Mengapa kita beribadat hanya bermusim seperti datang dan pergi musim sejuk, panas, luruh dan bunga?

Begitu juga ibadat-ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran. Mengapa mesti kita ‘target’ untuk khatam pada bulan Ramadhan sahaja. malah telah menjadi pertanyaan yang lazim bagi orangramai, “Dah khatam Quran? Berapa kali khatam?” Mengapa hanya di bulan Ramadhan?

Mengapa hanya bulan Ramadhan surau-surau dan majlis-majlis pengajian di pejabat-pejabat penuh waktu tengahari? (Jawapnya : sebab tak ada makan tengahari, baik pergi surau, kot-kot boleh tidur sambil-sambil mendengar kuliah).

Kesimpulannya, amalan-amalan kebajikan serta ibadat-ibadat kita orang Islam di Malaysia ini lebih kepada amalan bermusim dan terhad hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ini disebabkan amalan dan ibadat kita jadi sebagai mengisi waktu kosong dan bukan menjadi keutamaan dalam kehidupan kita sehari-hari. Pekerjaan dunia menjadi keutamaan dalam kehidupan kita; kerjaya, sosial, mencari harta, semua itu menjadi ‘target’ kehidupan kita dan bukannya kerja-kerja ibadat dan mencari keredhaan Allah yang utama.

Buktinya, apabila menjelang 10 terakhir Ramadhan, masjid dan surau kurang dikunjungi, perhatian ditumpukan pada kompleks membeli belah barangan Hari Raya.

Begitulah Ramadhan datang dan pergi di Malaysia. Telah menjadi adat apabila Ramadhan datang, umat Islam Malaysia begitu ‘kuat’ beribadat dan apabila Ramadhan pergi, mereka kembali semula kepada kehidupan seperti sebelum Ramadhan, kembali kepada lalai terhadap Allah, cuai di dalam ibadat, dunia terus menjadi keutamaan sedangkan ibadat terus menjadi yang terakhir dalam ‘priority’ atau keutamaan hidup mereka.

Adakah itu matlamat kehidupan kita di dunia ini? Fikir-fikirkanlah.

Yayasan Al-Jenderami : Sebuah Pengenalan

Arus perdana globalisasi, perlumbaan manusia mengejar duniawi, persaingan timur barat, kemelut peperangan, malapetaka yang melanda alam telah mencetus kesedaran insani Islami. Untuk bersedia menghadapi cabaran zaman maka lahirlah - Yayasan Al Jenderami ("YAJ")

YAJ adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam.

Visi
Yayasan Al-Jenderami bermatlamat untuk mengumpul, menjana dan mengurus dana bagi tujuan keagamaan, kebudayaan, pendidikan, sosial dan kebajikan bagi umat Islam khususnya dan sekalian manusia amnya.

Misi
- Pembangunan ekonomi & pelaburan
- Pembangunan pendidikan : agama, akademik, kemahiran & teknologi maklumat
- Pembangunan insan
- Pembangunan media & perhubungan awam
- Pembangunan dana
- Perhubungan serantau & kemanusiaan
- Pentadbiran harta & penyelenggaraan

Kepimpinan
Yayasan Al–Jenderami diterajui oleh barisan kepimpinan yang berwibawa, dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi. Mereka menyandang tanggungjawab yang besar bagi mencapai matlamat yayasan ini menerusi pelbagai aktiviti yang telah, sedang dan bakal dilangsungkan.

Penasihat
Tuan Guru Hj. Mohd Hafiz Bin Hj. Selamat

Ahli Lembaga Pemegang Amanah
1. Datuk Alias Bin Ali (Pengerusi)
2. Dato’ Dr. Jamaluddin Bin Abd Hamid (Timbalan Pengerusi)
3. Tuan Hj Ibrahim Bin Ismail (Setiausaha)
4. Tuan Hj Md. Khalid Bin Abdullah
5. Tuan Hj Abdul Jalil Bin Yusof
6. En. Abdul Razak Bin Dato’ Ipap
7. Tuan Hj Zainuddin Bin Abd Manaf
8. YM Raja Hj Abdul Rahman Bin Raja Mansur
9. Tuan Hj Kasbun Bin Kamat
10. Tuan Hj Ramli Bin Ngah
11. Dr Ahmad Fauzi bin Mustapha
12. Tuan Hj Shahril bin Abdul Karim

Rasional Logo Yayasan
• Segiempat sama melambangkan Kaabah
• Gambar titisan melambangkan rezeki
• Lambang bulatan menunjukkan erti kesejagatan
• Bentuk huruf U menunjukkan erti ummah
• Lambang tangan menunjukkan erti tangan yang mengharap

Kompleks Warga Emas

Cabaran zaman telah memperlihatkan keruntuhan system kekeluargaan, budaya kehidupan ketimuran di kalangan masyarakat. Keprihatinan terhadap warga emas, kasih sayang terhadap generasi muda serta menghormati sesama manusia, tua muda, miskin, kaya, sempurna, kurang upaya memerlukan penyusunan program-program. Pembinaan Kompleks Warga Emas dilihat mampu menjadi satu platform untuk mencapai nilai-nilai tersebut.

Konsep
Konsep penempatan ialah system wakaf di atas jalan menuntut ilmu dan beramal. Warga emas ini juga mempunyai keluarga yang harmoni di mana anak-anak merasa tanggungjawab untuk membalas jasa ibu dengan member tempat dan masa untuk ibu beramal untuk persiapan sebelum mati. Si ibu pula merasakan ilmu dan amalnya tidak mencukupi kerana semasa hidupnya tidak berkesempatan disebabkan factor mendidik keluarga.

Misi
- Menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk menuntut ilmu.
- Mewujudkan masyarakat penyayang.
- Tempat bagi warga emas mencurahkan pengamalan hidupnya serta amalan orang-orang tua kepada generasi muda yang tinggal berhampiran dengan Kompleks.
- Membantu kerajaan dalam Dasar Warga Tua yang dianjurkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Visi
Kompleks Warga Emas didirikan bagi mewujudkan satu penempatan yang kondusif bagi tujuan warga emas menuntut ilmu dan beramal, disamping memupuk masyarakat penyayang dan mengekalkan akhlak Islami agar melahirkan generasi yang berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Harapan
Adalah menjadi harapan pihak Yayasan Al-Jenderami untuk meluaskan lagi sayap kebajikan kepada warga emas dengan menyediakan penempatan dan prasarana yang terbaik. Bagi mencapai misi dan visi ini bantuan material dan tenaga amat dialu-alukan.

Kompleks Anak Yatim/Miskin


Melihat generasi muda serta anak-anak membesar di celah-celahan dunia yang telah tua serta rakus ini mencetuskan satu rasa keinsafan serta belas ihsan untuk melinduni anak-anak yang tidak berdosa ini. Jika kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa pun tidak terkecuali apatah lagi anak-anak yatim yang telah hilang tempat bergantung serta berkasih sayang.

Di atas keperihatinan inilah, pihak Yayasan Al Jenderami menubuhkan Kompleks Anak Yatim/Miskin bagi melaksanakan tanggungjawab sesama manusia justeru melindungi anak-anak yatim ini sebagai generasi pewaris agama dan bangsa dari hanyut dibawa arus dunia.

Visi
Visi Kompleks Anak Yatim Yayasan Al Jenderami ini ialah untuk menyediakan satu prasarana dalam suasana Islam yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal, mempunyai akhlak-ul mukarram, bertanggungjawab serta menghormati orang tua bagi mencorak generasi pewaris yang berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Misi
- Membantu serta mengumpul anak-anak yatim yang miskin duduk di bawah satu bumbung.
- Menjaga,mendidik dan mengasuh anak-anak yatim dengan didikan Islam yang sempurna.
- Membiayai dan menguruskan persekolahan serta sarahidup mereka.
- Menerima serta mentadbirkan sumbangan daripada masyarakat untuk anak-anak yatim.
- Memberi nikmat kasih saying serta perhatian dari seorang ibu dan ayah melalui penjaga/
pendidik yang bertugas.
- Menjalinkan kasih saying di antara anak yatim dan masyarakat luar umumnya yang sama-
sama ingin membuat kebaikan atas dasar mencintai Allah dan sunah Rasul.

Harapan
Adalah menjadi harapan pihak YAJ untuk mencapai visi dan misi Kompleks Anak Yatim ini sempurna mungkin. Ini adalah bagi memastikan kasih saying sesame insan masih dapat dipertahankan di dunia yang fana ini. Bagi mencapai misi dan visi ini, bantuan material dan tenaga amat dialu-alukan.